Sunday, December 20, 2015

AMALAN ETNIK,BUDAYA VS AGAMA

Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud:

 “Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu”.

     Begitulah fitrah semula jadi manusia berkehendak kepada agama. Tidak kira apa bangsa sekalipun fitrah beragama merupakan agenda utama dalam mengatur kehidupan dunia mereka. 

Agama Islam merupakan agama yang benar di sisi Allah Taala dan mempunyai garis panduan peraturan hidup yang lurus dan jelas iaitu al-Quran dan al-Sunnah. 

Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh para Rasul. Semua Rasul telah mengajak manusia ke jalan Allah SWT .Mereka telah menyampaikan risalah yang sama iaitu mengesakan Allah SWT iaitu berkait dengan akidah umat Islam.


Bercakap mengenai saudara baru,sememangnya saban hari mita kan melihat dan mendengar kisah dan perjalanan kehidupan baru mereka ini tidak lari dari isu-isu dan permasalahan agama.

Fokus saya pada hari ini adalah berkisar tentang isu pertembungan antara amalan agama dan etnik bagi saudara baru.

Islam sangat bertoleransi  terhadap kewujudan pelbagai agama di dunia. Menerusi Islam semua masyarakat dapat menganuti agama yang diyakini tanpa sebarang bantahan. 

Seterusnya Islam sangat mengalakan persaudaraan tanpa mengira agama, warna kulit , bangsa , keturunan dan lain-lain. Di sini terpancar bahawa Islam itu agama yang bertoleransi.
 Kerana Islam sama sekali tidak memasak masyarakat multi etnik untuk memeluk agama Islam. 

Sebagaimana dalam firman-Nya dalam surah ala-Baqarah ayat 256 bermaksud:

 “Tidak ada paksaan (untuk memeluk)dalam agama Islam...”

 Ini kerana, Islam itu menjaga keharmonian dalam kehidupan pelbagai agama dengan langkah berikut iaitu mengetahui persamaan dan menghormati persamaan dan perbezaan yang memisahkan, memahami nilai hidup bermasyarakat , menghargai dan mengurus kepelbagaian dalam kehidupan beragama, dan mewujudkan keadaan yang selesa untuk menghargai identiti diri dan orang lain.

 Walaupun Islam sangat mengalakkan toleransi dalam aspek namun toleransi Islam bukanlah sewenang-wenangnya dan bebas dalam semua aspek sehingga wujudnya kebebasan tanpa syarat. Dalam Islam, Muslim tidak dibenarkan untuk bertoleransi demi kepentingan atau memenangi sesuatu pihak. 

Secara khususnya dalam Islam, toleransi tidak boleh diamalkan dalam hal-hal yang melibatkan akidah dan beberapa bahagian dalam syariah. Selain itu, dalam bahagian syariah juga melibatkan hal ibadah iaitu hubungan manusia dengan tuhan dan kemudian beberapa aspek syariah muamalat iaitu hubungan manusia dengan manusia. Meskipun bersyarat tetapi pengamalan toleransi masyarakat manusia akan dapat mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam perhubungan manusia dengan manusia.

Saya cuba untuk membawa satu isu,

Saudara Muallaf yang baru memeluk agama Islam mengakui segelintir masyarakat Melayu Muslim memberi bimbingan utama dengan mengubah corak dan cara hidup Muslim. Misalnya,  menyediakan pakaian baju kurung bagi saudara Muslim wanita, mengajar memakai kain sarung , memakai jubah dan serban , tidak perlu ziarah dan menyambut perayaan seperti tahun baru cina.

 Dengan suasana begini , jelas menunjukkan masyarakat tidak cuba memahami bahawa kemungkinan wujudnya sensitiviti  di kalangan saudara Muslim kerana mengubah cara dan gaya hidup mereka yang selama ini perbuatan dan amalan tersebut tidak sekalipun bertentangan dengan tuntutan agama. 

Oleh sebab itu, secara umumnya masyarakat cina beranggapan bahawa menukar agama kepada agama Islam bererti masuk Melayu. 

Sepatutnya perkara sebegini tidak patut berlaku kerana Islam itu agama yang mudah.Selagi mana amalan budaya dan adat sesuatu kaum itu tidak bercanggah dengan syarak,maka tiada halangan untuk mereka amalkan selagi selari dengan tuntutan agama.

Kita harus ingat,perkara-perkara yang sensitif inilah yang menjadi batu penghalang bagi usaha dakwah dan islah kepada golongan ini!!!!!

wallahu taala "alam...

Semoga kita terus menambah ilmu dan pengetahuan dalam menjayakan misi dan membantu kejayaan misi mereka-merea yang bergiat dalam usaha ini.

Allhumma Ameen.


3 comments:

  1. betul saudari. saya setuju akan pertembungan antara adat dan amalan agama ini. Bagi saya selagi adat ini tidak berjanggah dengan syariat Islam maka kita boleh sahaja menerimanya. Saya ambil contoh dari isi saudari tadi berkenaan dengan pakaian, bagi saya adalah lebih baik dan hikmah jika saudara baru itu kita jelaskan tentang kaedah menutup aurat itu dahulu sebelum menyuruhnya memakai pakaian yang sinonim dengan masyarakat Melayu seperti kain pelekat dan serban. Apa yang penting bukan jenis baju yang dipakai, akan tetapi apa yang lebih penting untuk dititkberatkan adalah aurat seseorang itu.
    Nurul Fadhilah bt Abdullah GB 02543

    ReplyDelete
  2. Iya betul,saranan yang penuh hikmah.Dasarnya ialah kita sebagai orang Muslim seharusnya tidak boleh menganggap dan inginkan Saudara baru kita tu berubah 100% setelah mengucap kalimah syahadah.

    Umpama sebatang pembaris kayu yang bengkok dan ingin kita betulkan,jika terus menekan dengan kuat..manakan lurus bahkan patah terus bukan....

    InsyaAllah..bimbingan yang baik dan kata yang hikmah mampu memberi kebenaran kepada golongan ini.

    NURUL AKMAL IBRAHIM GB 0254

    ReplyDelete
  3. Iya betul,saranan yang penuh hikmah.Dasarnya ialah kita sebagai orang Muslim seharusnya tidak boleh menganggap dan inginkan Saudara baru kita tu berubah 100% setelah mengucap kalimah syahadah.

    Umpama sebatang pembaris kayu yang bengkok dan ingin kita betulkan,jika terus menekan dengan kuat..manakan lurus bahkan patah terus bukan....

    InsyaAllah..bimbingan yang baik dan kata yang hikmah mampu memberi kebenaran kepada golongan ini.

    NURUL AKMAL IBRAHIM GB 0254

    ReplyDelete