KAU TIDAK BERSENDIRI
(i)
Andai semalam,
Kau rasakan..
Potret hatimu suram,
Andai semalam,
Kau rasakan..
Sinar nubarimu kelam,
Andai semalam,
Kau rasakan..
Langkahmu sering melalui curam..
Andai semalam,
Kau rasakan..
Ceritera dukamu sentiasa terpendam,
Dan..
Andai semalam,
Kau rasakan..
Pelita hidupmu hampir terpadam…
Pandanglah hadapan,
Alihkan wajah..
Pandanglah kanan,
Pandanglah kiri..
Mereka ada bukan??
Bibir yang setia menguntum ukiran damai,
Riak wajah yang menggamit permai,
Mulia tangan yang meringan beban,
Murni pekerti yang mendamaikan,
Manis bicara yang mempamer iman,
Yang segalanya..
Telah merubah wajah,
Mencipta wadah..
Menukar episode dirimu..
Yang semalam sirna kesuraman..
Membentuk sinar..
Menerobos jauh bahagia itu..
ke dalam lubuk cerita lamamu..
Mencipta warna-warna indah..
Melakar pelangi di hatimu..
(ii)
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Potret hatimu riang,
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Sinar nubarimu gemilang,
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Langkahmu melalui jalan lapang..
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Ceritera dukamu bertukar tenang,
Dan..
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Sinar pelita hidupmu kembali menyala…
Menjulang..
Bersyukurlah..
Kau tidak kesunyian bukan??
Kau ada mereka..
Yang setia..
Yang tetap bersama..
Kerana..
Bukankah mereka
Yang bernama teman,kawan dan taulan...?
(i)
Andai semalam,
Kau rasakan..
Potret hatimu suram,
Andai semalam,
Kau rasakan..
Sinar nubarimu kelam,
Andai semalam,
Kau rasakan..
Langkahmu sering melalui curam..
Andai semalam,
Kau rasakan..
Ceritera dukamu sentiasa terpendam,
Dan..
Andai semalam,
Kau rasakan..
Pelita hidupmu hampir terpadam…
Pandanglah hadapan,
Alihkan wajah..
Pandanglah kanan,
Pandanglah kiri..
Mereka ada bukan??
Bibir yang setia menguntum ukiran damai,
Riak wajah yang menggamit permai,
Mulia tangan yang meringan beban,
Murni pekerti yang mendamaikan,
Manis bicara yang mempamer iman,
Yang segalanya..
Telah merubah wajah,
Mencipta wadah..
Menukar episode dirimu..
Yang semalam sirna kesuraman..
Membentuk sinar..
Menerobos jauh bahagia itu..
ke dalam lubuk cerita lamamu..
Mencipta warna-warna indah..
Melakar pelangi di hatimu..
(ii)
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Potret hatimu riang,
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Sinar nubarimu gemilang,
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Langkahmu melalui jalan lapang..
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Ceritera dukamu bertukar tenang,
Dan..
Andai hari ini,
Kau rasakan..
Sinar pelita hidupmu kembali menyala…
Menjulang..
Bersyukurlah..
Kau tidak kesunyian bukan??
Kau ada mereka..
Yang setia..
Yang tetap bersama..
Kerana..
Bukankah mereka
Yang bernama teman,kawan dan taulan...?