Saturday, January 21, 2012

1001 TAFSIR..bila gambar berbicara..



__________________________________________________________________________________________






___________________________________________________________________________________________

Allah mengurniakan keistimewaan yang tiada tandingan pada sebaik-baik ciptaanNya,makhluk yang dikurniakan akal fikiran dan diberi kewarasan utk fikir..sedang makhlukNya yang hanya dicipta dengan otak tanpa akal yang tiada kewarasan memberi 1001 pengajaran kepada kita yang bergelar insan dengan kemurniaan tingkah mereka..terserlah kezahiran ajaran Islam..BELAJAR DARI ALAM..

...tiada Islam tanpa JEMAAH...

wallahuta'ala a'lam..

Friday, January 20, 2012

Dalam cinta bertemu CINTA..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM..

Asslamualaikum w.b.t.

Semoga semua kita dalam lembayung rahmat,kasih dan cintaNya..Ameen.

Sepuluh jari dihulur maaf,atas ketidaksempatan hamba untuk update blog dengan nukilan sendiri dari ilham Illahi.Bukan waktu yang terlalu cepat dan beban yang dipikul yang perlu disalahkan,tapi kelemahn diri dalam menghargai tiap detik waktu yang berlalu itu yang utama.

Alahamdulillah,baru sahajA berakhir fatrah imtihan yang seminggu tempohnya.Lima madah sudah diluah hujah diatas helaian-helaian peperiksaan..berusaha sudah..berdoa sehingga ke sudah..bertawakal dan berserah!Apapun keputusan Tuhan,andai najahku baik utk diriku dan baik jua utk ketinggian agamaku..maka permudahkanlah jalan kejayaanku..anadai ketidaknajahnku punya nilai dan hikmahnya tersndiri buat diriku jua agama..maka kuatkan iman dan hatiku..moga redha dgn ketentuanMu..putus asa tidak sekali-kali terhadap setiap penentuanMU...Mudah mudahan.

Melalui perjalanan hidup yang semakin jauh dirasakan ini,sungguh memeritkan..Hakikat imanku seorang insan,terkadang menjulang,terkadang kecundang..bila memandang ke belakang tubuh,bertimpa..beban yang digalas..habis tugas menjaga,melayani dan memberi khidmat buat suami,membahagi masa berinteraksi dgn bayi melalui wasilah rohani..terasa penat,namun penat yang datang dahulu,sebelum sempat mencicip cinta bersama CINTA..Sungguh manis hidup berumah tangga yang dirasa tidak sempuna kemanisannya..andai terlepas kita dari membenih cinta pada CINTA..Janganlah kita rasakan sudah cukup amalan dan bekalan untuk bertemu Tuhan..selesai satu,satu amal dilaksana..terasa tidak cukup untuk membeli rahmah,maghfirah dan menempah tiket ke JannahMu..

Tuhan..ingin hamba bertemuMu di telapak CINTA itu..teleku kaku disejadah CINTA..tenang tiada duka,bila bertemu cinta dalam CINTA!!

Jibrail a.s pernah mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w dengan wasiatnya yang berbunyi:

“ Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki,tapi ingat bahwa kamu akan mati!Cintailah kamu sesiapa yang kamu ingin cintai,tetapi ingat bahawa kamu akan berpisah dengannya!Lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki,tapi ingat kamu akan dibalas atas apa yang kamu kerjakan!”.

Wednesday, January 11, 2012

PERIBADI MUSLIM MULIA


MUWASOFAT LI- MUSLIM

Al-Qur'an dan Sunnah merupakan dua peninggalan berharga dari Rasul s.a.w kepada kita yang berkekalan hingga ke hari ini.Kedua-duanya merupakan satu acuan yang penting bagi kehidupan seorang muslim dan menjadi sumber rujukan utama dalam Islam dan Syariat Islam khususnya.
Padanya terdapat panduan yang berharga meliputi setiap aspek kehidupan insane itu sendiri.

Peribadi muslim yang dikehendaki oleh Al-Qur'an dan sunnah adalah peribadi yang soleh dan indah.


Al-Qur'an dan sunnah merupakan sesuatu yang mesti dan perlu akan ia untuk menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim yang sempurna. Bersama saya di bawah ini kita salami bersama bagaimana yang dikatakan dengan cirri-ciri peribadi muslim yang indah itu,terdapat sepuluh pada asasnya,

Biar sedikit demi sedikit kita ketahui dan amalkan,asal ia dapat memberi manfaat yang berharga buat diri.


1. SALIMUL AQIDAH

Aqidah yang sejahtera (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim.
Yang mana dengannya muslim itu akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt. Bahkan dengan adanya ikatan itu,ia akan berasa malu yang senantiasa kepada Allah dan sentiasa menjaga dirinya dari melakukan perkara-perkara yang mendekatkan dirinya dengan kemurkaan Allah s.wt.Muslim yang sebegini akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang ertinya:

'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam' (QS 6:162).

Bersambung pada pertemuan berikutnya..moga yang pertama ini dapat kita pelajari dan aplikasi bersama..Insya Allah..Wassalamullahialaikum w.b.t.

Tuesday, January 10, 2012


Kebun cinta ini.

Di kebunan CINTA..
CintaNYAlh yg tharum mranum,
cinta RasulNyalh yg subur mekar mwangi semerbak,
cinta suamikulh yg mgalir madu madah mawadah,
cinta zuriatkulh yg mcmbah ibrah mcurah tadhyah,
Cinta ibu ayah,ahli bait dan usrah..
Bpnjgn trkisah tak luput dtelan sjarah..dan..
Di celah kbunan CINTA itulah..
Ku pinta slalu dialirkan maghfirah,rahmah dn mawadah..
Agar sbur,mekar..mwangi jalinan ke Jannah..

NILAI KEHIDUPAN..




Bismillah..

Alhamdulillah,syukur tak terhingga ku rafakkakn ke hadratMu Tuhan.Kerana masih diberi peluang menghembus nafas ini bersama helaan Iman dan Islam yang Kau anugerahkan.

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat kurniaan Allah,nescaya kamu tidak dapat mengiranya...
"

Alhamdulillah,Syukur juga Tuhan,kerana Kau tambahi lagi pada hamba nikmat hidup dengan kehadiran suami sejati dalam pelayaran hidup ini..Tidak cukup dengan itu,Kau limpahi lagi kehidupan kami dengan kehadiran permata hati,cahaya mata yang sedang ku kandung ini.alhamdulillah..semakin memasuki bulan yang ketiga cahaya mata ummi..Moga kelahiranmu penyejuk mata abi ummi,permata berharga buat agama Islam dan penyambung rantai perjuangan terulung baginda Nabi s.a.w hendaknya..itulah yang ummi dan abi harapkan sayang..Ameen..

-anak soleh solehah idamanku..


"10.9.2011"

Sedar tak sedar,alhamdulillah..diari perkahwinan ku bersama suami tercinta memasuki lembaran bulannya yang ke-4..4 bulan sudah masjid ini dibina,4 bulan sudah bahtera ini kami layari bersama.Syukur,terima kasih Tuhanku kerana diberi kepanjangan dalam sisa umur yang berbaki ini untuk terus mengemudi bahtera ini bersama suami tercinta.

"Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri",

Sungguh dalam melayari bahtera rumah tangga,ada pasang surutnya juga..bukan semuanya indah belaka dirasa melainkan bila kita benar-benar mengemudinya dengan panduan Al-QWuran dan bimbingan Sunnah Nabi Mulia.Hakikat diri ini,sungguh tidak cukup kekuatan untuk menjalankan tanggugjawab yang besar dalam satu waktu dan detik yang sama.

Saat ini,tanggungjawab sebagai hamba pada Tuhan Yang Esa,isteri kepada suami yang mulia,bakal ibu kepada zuriat yang bakal lahir kelak..anak kepada ayahanda bonda yang tak lupu kasih dan pengorbanan mereka,dan dalam masa yang sama..sebagai penuntut dan pengemara ilmu di bumi barakah para 'Anbiya ini..

Benar,andai tiada kekuatan dan pimpinan Tuhan,andai tiada bimbingan dan sokongan suami tersayang,andai tiada doa dan restu dari ayahanda bonda yang dikrimkan..diri kerdil ini tiadalah daya dan upaya bagi meneruskan langkah,mengatur derap kaki di muka bumi ini..
Namun..semua ini amat indah dilalui..kerana sungguh ia suatu pengalaman yang mengajar diri ini..akan harga dan nilai sebuah kehidupan..sungguh detik-detik waktu amat cepat berlalu..sedang banyak lagi tanggungjawab dan kewajipan yang menunggu..

Terima kasihku suamiku,sayangku..dikau nakhodaku,imamku dalam mengemudi bahtera ini..moga kekal cinta kita ke syurga abadi..

Syukur Tuhan!

Monday, January 9, 2012

Renungan buat diriku yang lupa






Saat Berbicara…

1. Hendaknya pembicaran selalu di dalam kebaikan. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman yang artinya:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia”. (An-Nisa: 114).

2.. Jangan membicarakan sesuatu yang tidak berguna bagimu. Hadits Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam menyatakan: “Termasuk kebaikan islamnya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna”. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

3.Tenang dalam berbicara dan tidak tergesa-gesa. Aisyah ra. telah menuturkan: “Sesungguhnya Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam apabila membi-carakan suatu pembicaraan, sekiranya ada orang yang menghitungnya, niscaya ia dapat menghitungnya”. (Mutta-faq’alaih).

4.Menghindari perdebatan dan saling membantah, sekalipun kamu berada di fihak yang benar dan menjauhi perkataan dusta sekalipun bercanda. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda: “Aku adalah penjamin sebuah istana di taman surga bagi siapa saja yang menghindari bertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah surga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bercanda”. (HR. Abu Daud dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

5. Menghindari perkataan kasar, keras dan ucapan yang menyakitkan perasaan dan tidak mencari-cari kesalahan pembicaraan orang lain dan kekeliruannya, karena hal tersebut dapat mengundang kebencian, permusuhan dan pertentangan.

6.Menghindari sikap mengejek, memperolok-olok dan memandang rendah orang yang berbicara. Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman yang artinya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan). (Al-Hujurat: 11).

(Dikutip dari Judul Asli Al-Qismu Al-Ilmi, penerbit Dar Al-Wathan, penulis Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, versi Indonesia Etika Kehidupan Muslim Sehari-hari)

Daerah Cinta

(i)
Pergi.
Daerah suci,
Bakal ku tinggalkan
Daerah ini,
Punya musim yang mendamaikan



Daerah suci ini,
Bunga tarbiyahnya cukup menawan
Daerah ini,
Punya angin mehnah yang membelai insan
Menyapa lembut khabar iman
Daerah ini,
Tulus suci,punya laungan
Bisikan Kalam yang menghembus ketenangan.


(ii)
Dulu,
Di gerbang daerah ini
Diri hina menjengah
Melangkah lemah
Bersama seribu sirna episode silam
Episod diri yang dahulunya suram
Lesu..diulit akar kejahilan semalam.

(iii)
Kian,
Detik berdenyutan
Bersama hari,bergantian
Bulan dan tahun menyaksikan
Terjahan iman,tarbiyah insan
Syadid?
Akur.
Terjahan tepat,
Cepat, menyapa iman
Sedar.
Hakikat diri semestinya begitu
Fitrah nafsi sendiri mengaku
Mana mungkin.
Mana mungkin diri tegar
Berterusan dilikuan mungkar.
Mana mungkin diri tegar
Mengimani kebatilan
Mengkufuri kebenaran.
Sungguh.
Hakikat diri
Perindu mentari
Suluhan Rabbani,
Pengemis sinar
Qudwah nabawi..

(iv )
Syukur..
Mutiara bakal dikilaukan.

-menghitung hari.
Saidina Umar Al-Khattab :
“…kemenangan teragung dalam hidupku ialah bila mana aku peroleh kemenangan itu ke atas nafsuku,aku mengalahkan nafsuku spt aku mengalahkan musuhku"

Sunday, January 8, 2012

kita tidak sedar atau semakin alpa??

Zionis & Kristianisasi

*Kitab ajaran Yahudi; Talmud adalah tonggak utama fahaman ideologi Zionis bagi memerangi Islam. Kitab ini adalah dikhususkan bagi bacaan orang Yahudi manakala yang lain tidak dibenarkan. Antara kandungannya menyebut bahawa Nabi Isa di dakwa sebagai Yeshuah .

*Yeshuah juga dikenali sebagai Jesus Christ bagi orang Kristian bukan Yahudi. Darah yang keluar menerusi tangan yang disalib merupakan darah "penyelamat" suci untuk ke syurga . Agama Yahudi ini hanyalah dikhususkan untuk bangsa Yahudi sahaja, bangsa yang bukan berdarah Yahudi tidak pula dituntut. Mana-mana bangsa yang bukan Yahudi digelar 'Goyim' .

*Walaupun istilah ini digunakan untuk membezakan bangsa Yahudi dan bukan Yahudi, ia lebih menjuruskan kepada kaum sasaran untuk disesatkan. Harta Goyim adalah milik bagi orang Yahudi. Tetapi harta orang Yahudi tetap dimiliki Yahudi. Goyim berperanan untuk berkerja dibawah Yahudi samada sebagai pengikut atau hamba.
Orang Yahudi berhak membuat penipuan kepada Goyim demi kepentingan mereka sendiri. Mereka juga telah mendakwa sebagai bangsa yang dipilih tuhan untuk memerintah bangsa lain di seluruh dunia .

*Ajaran Kristian Yahudi adalah berbeza dengan Kristian Goyim. Ajaran Kristian Yahudi didakwa ajaran yang asli manakala penganut Kristian Goyim didakwa penyembah berhala . Kitab Injil atau Bible bukannya ditulis oleh Nabi Isa sendiri. Ia ditulis oleh Rabbi yang dikenali sebagai John, Luke, Matthew dan Mark . Pendapat ini dikukuhkan lagi menerusi catatan bahawa tidak wujudnya sebarang Kitab Injil yang benar dari Nabi Isa sendiri.
Berdasarkan rumusan ini fahaman Zionis bermula dari catatan Talmud sendiri. Apabila golongan Goyim menganut agama Kristian, unsur zionis telah diserap secara halus sebagai propaganda Yahudi. Akhirnya para pendita Yahudi telah telah membuat kesimpulan bahawa ajaran Kristian adalah bertujuan untuk menyesatkan dan memurtadkan umat Islam.

Gerakan Missionari dan Kristianisasi
*Pada kurun ke -17 beberapa buah negara Kristian telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perhimpunan muktamar bagi memerangi pengaruh Islam. Muktamar Kristianisasi di wakili oleh pelbagai bangsa dan negara. Pada pertengahan kurun ke -20 Majlis Kristian Antarabangsa telah bergabung dengan Majlis Gereja Antarabangsa demi matlamat Kristianisasi.

*Resolusi pengkristianan telahpun berlaku di negara- negara Islam. Antaranya, pembukaan sekolah Kristian bagi kanak-kanak muslim. Melalui ini mereka dapat menyerapkan unsur-unsur barat bermula dari anak kecil. Institusi pendidikan tinggi juga merupakan boleh menjadi saluran penyebaran halus ideologi barat.
Manakala pekerja dan majikan asing semakin ramai melabur di negara Islam. Tetapi sesiapa yang bekerja dibawahnya terpaksa akur dengan beberapa peraturan-peraturan yang bertentangan dengan Islam. Antara prasyarat yang paling lazim ialah melarang pekerja wanita memakai tudung ditempat kerja. Akibat kelalaian pemimpin, terdapat pekerja majikan bukan Islam melarang mengerjakan solat.
*Ini semakin keterlaluan apabila majikan Islam sendiri melarang untuk mengerjakan solat sedang mereka berdiri di negara 'Islam'. Ada tali barut dan pengkhianat agama yang bersekongkol dengan musuh Islam lalu membiarkan masalah ini berlaku. Terdapat pula golongan yang bertopengkan muslim yang mukmin tetapi mempunyai niat yang salah sehingga mempengaruhi sahabat handai murtad yakni keluar Islam.
Saudagar asing yang bukan Islam kini telah membuka kelab-kelab esklusif, bar, pusat hiburan dan pusat riadah untuk menarik orang Islam datang masuk dan bergelumang dengan dosa. Ini pernah berlaku kepada seorang pelawat yang ingin masuk ke pusat riadah untuk berenang. Pemiliknya mensyaratkan supaya pelawat yang hendak masuk mestilah menggunakan pakaian renang yang diperkenalkan barat. Satu perkara yang bertentangan didalam ajaran Islam ialah mendedahkan aurat dan tubuh badan.
Bar yang disediakan dipenuhi arak kepada pengunjungnya . Manakala disko dipenuhi ramai tetamu yang menari didalam suasana suram bersertakan pergaulan lelaki dan wanita yang sangat bebas. Pengunjungnya akan dilayan oleh pelacur untuk perkhidmatan seks. Dari masalah arak hinggalah kewujudan kelab malam telah menjadikan pelacuran sebagai 'industri bersama'.

*Para missionari pula telah mempelajari bahasa Arab dan Al-Quran bagi memutarbelit fakta yang terkandung didalamnya. Ini telah mewujudkan fahaman yang menyimpang sehingga kewujudan ajaran sesat seperti Syiah yang memuliakan Saidina Ali, cucu Nabi Muhammad s.a.w. Penyelewengan ini menular di negara-negara Arab.
Tatkala ini menyebabkan perselisihan fahaman Islam sehingga menjadi persengketaan hangat. Ini membuka peluang musuh Islam untuk melaga-lagakan umat Islam.
Perkara ini pernah berlaku di Mesir apabila padri Zwimmer yang terlibat dalam gerakan Missionari yang fasih berbahasa Arab menyamar sebagai pelajar jurusan agama di Universiti Al-Azhar di Kaherah. Beliau telah menyebarkan risalah yang mengelirukan sehingga mewujudkan persilihan dan fitnah keatas umat Islam.
Begitu juga paderi Henri Lamens yang berjaya melakukan tugasan sama di Syam, Syria. Kegemparan ini telah berlaku pada tarikh 1919 Masihi . Serangan komunikasi media juga merupakan gerakan untuk mebaratkan negara-negara Islam. Mereka telah menunjukan kisah dan drama 'swasta' dengan mengagungkan peradaban barat.

Hari ini terbuktilah ceritera yang ditayang dimedia dipenuhi dengan tayangan filem barat yang menganjurkan seks bebas, keganasan dan tahyul yang melampau. Tidak cukup dengan filem yang ditayangkan, iklan juga mempengaruhi penonton untuk pergi melihat sendiri dan datang ke tempat yang dianjurkan seperti mana taman tema yang meyediakan pusat hiburan bebas bersama judi dan kasino haram .

DEDIKASI CINTAKU BUATMU ADAMKU.



BUATMU SUAMI.
Terlafaz sudah ikat suci,
Kau ratib tulus kalimah murni,
Tulus,sakinahmu dihati,
Raut wajahmu yg mulanya gundah,
Berubah wajah,bersinar,penuh seri..
Amanah tergalas dipundakmu kini,
Bukan hanya dirimu,bahkan istermu ini..
Moga sinaran Rabbani menyinari,
Cahaya Nabawi meyuluhi,
Jalan-jalan cinta suci,
yang pasti berliku ini..
Suamiku..
Dengarlah bicara ini,
Bisikan nurani ingin menyanyi,
Tapi ku tak bisa menutur sendiri..
Lantasku biar pena meniti,
Menitiskan
Dengarlah suami..
Jemari ku atur rapi,
Merencak tari,
Menyusun, Meratib Erti,
Makna Sebuah Cinta Suci,


Suamiku,
Dikau permataku,
Daku?
Dakulah kacamu.
Dikau penghibur duka laraku,
Pengubat jiwa penenang syahdu.
Dikau imamku,
Daku makmummu.
Dari itu suamiku..
Pimpinlah tanganku,
Bimbinglah pekertiku,
Agar teguh iman,
Luhur budiku,
Dalam perjalanan cinta,
Dikau dan daku.
Di atas kanvas cinta,
Lakaran panduanmu.

Suamiku..
Didunia kita bercinta,
Disyurga ku harap bersama.

MAHASISWA BANGKIT!

Mengapa mereka?

Kejam!!
Mengapa mereka??
Yang menjadi taruhanmu?
Yang jadi mangsa kerakusanmu?
Yang nampak buruk dimatamu?
Yang hina di fikiranmu?
Mengapa mereka??
Yang kau ambil darah?
Yang kau rempuh gagah?
Mengapa duhai sang penguasa?
Jawablah..jawab manusia!
Salahkah mereka??
.. menuntut hak yang tergadai?
Salahkah mereka??
..berbicara dengan tingkah,
Berdemo, berhimpun membantah
Setelah bicara hikmah tak di ambil kisah?
Hai sang penguasa,
Apa jenis kamu manusia?
Peri laku menyalahi fitrah.
Tak malukah pada Allah!
Tak segankah menjadi umat Rasulullah!
Sudahlah!!
Dimana lagi kan kau letak agama??
Setelah dunia menetap di jiwa.
Dan harta dihati tempatnya bertakhta!
Nantikanlah!
JanjiNya pasti tiba.
Yang ditindas pasti terbela,
Yang menindas pasti dicela!
Pasti!
-TERUSLAH BANGKIT JIWA-JIWA MUDA!LAKSANA PERUBAHAN!

MELAKAR CITA DI KANVAS CINTA.

Bismillahirrahmaanirraahiim.
Puji dan pujian hanya layak untukNya Pentadbir sekalian alam.Selawat dan salam yang tak henti buat Baginda s.a.w,yang dengannya Islam dan Iman dapat kita kecapi hingga ke hari ini dan ke akhirnya,InsyaAllah.
Dengan namaNya Yang Maha Agung diri ini memulakan rentak bicara,bukan sengaja ingin mencipta nama,malah jauh dari itu.Mohon kekuatan dan pimpinanNya dalam usaha ini,mohon ditsabitkan diri dalam wadah ilmu ini,kerana hanya ingin merealisasi sabda dan pesanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat.."