Monday, January 21, 2013













        Imam Al Busairi,seorang ulama’ kebanggaan Mesir telah mengalunkan rindu dan pujinya terhadap baginda s.a.w  dalam syair Muhammadiyah  nukilannya yang cukup indah:

Nabi Muhammad s.a.w itu adalah sebaik baik orang Arab dan Ajam

Nabi Muhammad s.a.w itu adalah sebaik baik orang yang berjalan di atas muka kaki

Nabi Muhammad s.a.w itu penyebar perkara makruf dan berakhlak dengannya

Nabi Muhammad s.a.w itu yang memiliki ihsan dan kemuliaan

Nabi Muhammad s.a.w itu adalah mahota para pesuruh Allah sekalianya

Nabi Muhammad s.a.w itu benar dalam kata kata dan bicaranya

Nabi Muhammad s.a.w itu benar dalam janji bahkan sentiasa menjaganya

Nabi Muhammad s.a.w itu punyai akhlak terpuji dan elok sifatnya

Nabi Muhammad s.a.w itu kejadiannya disertai dengan nur

Nabi Muhammad s.a.w itu akan sentiasa bercahya sejak azali

Nabi Muhammad s.a.w itu hakim pada keadilan yang mempunyai kemuliaan

Nabi Muhammad s.a.w itu asal tempat lahirnya nikmat nikmat dan hikmah hikmah

Nabi Muhammad s.a.w itu adalah sebaik baik makhluk dari zuriat Mudahr

Nabi Muhammad s.a.w itu sebaik baik pesuruh Allah semuanya

Nabi Muhammad s.a.w itu agamanya benar yang kiat beragama dengannya

Nabi Muhammad s.a.w itu sangat elok rupa dan peribadi di atas bukit

Nabi Muhammad s.a.w itu dengan mengingatinya menjadi roh kekuatan pada diri kita

Nabi Muhammad s.a.w itu dengan syukur kepadanya menjadi kewajipan ke atas umat

Nabi Muhammad s.a.w itu penghias dunia dan keelokannya

Nabi Muhammad s.a.w itu pembuka kesempitan dan kegelapan

Nabi Muhammad s.a.w itu penghulu yang hebta perjalanan hidupnya

Nabi Muhammad s.a.w itu dijadikan Allah Yang Maha Pemurah dengan segala nikmat

Nabi Muhammad s.a.w itu makhluk pilihan dari kalngan makhluk dan yang sebaik baiknya

Nabi Muhammad s.a.w itu suci dari segala tohmahan

Nabi Muhammad s.a.w itu menyukai para tetamu kerana memuliaknnya

Nabi Muhammad s.a.w itu kekasih Allah dan Allah tidak pernah menzalimi

Nabi Muhammad s.a.w itu menjadi tenang dunia dengan  perutusannya

Nabi Muhammad s.a.w itu datang dengan mukjizat dan hikmah hikmah

Nabi Muhammad s.a.w itu datang pada hari dibnagkkitkan manusia nanti menjadi pemberi syafaat kepada kita

Nabi Muhammad s.a.w itu cahayanya menunjuki dari kegelapan

Nabi Muhammad s.a.w itu pembawa rislah Allah yang punyai keazaman yang kuat

Nabi Muhammad s.a.w itu penutup kepada para Rasul sekaliannya……

Monday, January 14, 2013




LISTEN,LISTEN,LISTEN…….:)



Dengan namaNya tinta kembali meluah rasa..

‘Maha Suci Allah yang menguasai (segala)kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”
-Al-Mulk-1-

Alhamdulillah,syukur kita masih diberi nikmat untuk menghirup nafas segar dalam desiran bayu Iman dan Islam.

Syukur juga kita masih punya peluang menjejak kaki ke tahun 2013 ni..tahun yang agak ‘istimewa’ saya rasa..:)..

Sehingga kini 14 haribulan,macam-macam sudah berlaku,ada yang ‘wangi’ dan ada yang agak ‘busuk’ baunya..:)

Namun yang ‘wangi ‘itu,jangan terus kita leka dan asyik dengan harumannya,kerana pasti akan ada tempias-tempias dari  bau ‘busuk’ tadi  yang akan berusaha menyengat keasyikan kita!!Beware..:)

Saya tinggalkan yg wangi dan busuk di kotak minda anda..:)..Renungkanlah ya..

FATRAH BERLUMBA-LUMBA!

Masih lagi terasa bahang peperiksaan yang berlalu walau sudah 3 hari habis menghadapinya.Alhamdulillah..

Sepi.

Tak banyak bunyi ‘cakap-cakap’.

Tak banyak tidur,

Tak banyak makan..atau ada juga yang banyak makannya(semangat nak exam..:)..

Ada yang kalau biasa kita kenali dia seorang yang peramah.tiba satu waktu,dia agak 

membisu..faham-fahamlah ya..mood nak exam..:)..

Dan 1001 lagi situasi dan keadaan yang wujud secara ‘mengejut’,yang semuanya gara-gara bahang exam…

Masing-masing berlumba demi sebuah ‘keputusan ’ yang memuaskan,atau mungkin 

‘segulung’ijazah’,atau sebuah penghargaan dekan atau lain-lain yang sama waktu dengannya..

Namun,bukan itu satu kepuasannya..hmm..

Tahniah!!..

Bagi mereka yang berlumba-lumba dalam pelajaran dan pengajiannya untuk tahu…

Memetik kata-kata bijaksana,ilmuan yang punya figure yang penuh inspirasi,

Prof.Dr Muhaya:

'Pelajar yang belajar untuk ilmu tidak akan kecewa,tetapi pelajar yang belajar untuk pencapaian dan penghargaan manusia tidak akan kecewa jika gagal..'

Ayuh semua,kembali merenung diri,tepuk dada..tanya iman dan qosod di hati..

dimana letak maqam ilmu kita…

Bagaimana kita?

Untuk apa kita di medan ini?..

Adakah..

untuk bangga dipuji kerana berkelulusan tinggi?

untuk bangga dijulang,kerana pointer yang cemerlang?

atau adakah untuk kita menambah ilmu,untuk menjadi tahu dan sebar sedaya mampu??

Dimana tingkat saya,anda,kalian dan dia….??..

~bertanya pada diri..