Friday, December 28, 2012






Allahumma solli 'ala Muhammad...

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..syukur selamanya buat Empunya Zat yg teragung melebihi dari segalanya..

          Semakin lama menahan rindu yang mencambah dan memekar di hati ini untuk menyambung dan

meneruskan tinta yg dhaif di laman ini..seakan tak mampu lagi ditahan,membuak juga akhirnya.

Syukur atas kesempatan ini.

       Akur pada tanggungjawab dan tugas utama sebagai isteri,ibu dan pelajar dalam satu waktu yang

sama,mengejar yg mana dahulu yang ada prioritinya..pastinya suami di tangga utama dari

segalanya.Sungguhpun masih lagi dalam fatrah belajar,namun bukan alasan untuk kita membelakangi tugas

yang lebih utama setelah kita memilih dan menerima untuk disunting menjadi pendamping buat si dia,suami

yang mulia.Atau kata lain,bila kita mengatakan 'ya' pada keputusan berkahwin tika usia yang muda dan masih

dalam tingkat sebagai seorang pelajar,bermakna kita sedia untuk berdepan dan menghadapi

segalanya.

      Bukan satu,bukan dua ujian yang mendatang dan merintang..namun andai kita yakin dan

berpegang dengan prinsip bahawa tiada Dia letakkan tanggungan keatas hambaNya melainkan dengan

kesanggupan dan kemampuan si hamba.

      Dia Maha Tahu,Maha Merancang dan Mengatur yang terbaik buat

hambanya,yang pasti,kita sebagai hamba,'menjagaNya'in shaa Allah Dia akan menjaga kita,

Sentiasalah kita ingat bahawa Dia sekali-kali tidak pernah menzalimi kita,sedang kita yang acapkali menzalimi

dan mendorong kaki ke lembah fasad tanpa kita sedar ataupun tidak sedar.Na'udzubillah.


Borak Ilmiah

  Ingatan kembali pada cerita dan borak lama.Sebulan yang lalu,alhamdulillah berkesempatan bersama

suami dan anak,berkelana ke Terengganu.Setelah sekian lama suami mengidam ke sana,namun sedikit

terhalang dengan tugas dan keadaan si isterinya ini yang dalam 'berpantang'..kita hanya merancangkan,namun

 Dia sebaik-baik Penentu.Namun,syukur..akhirnya terlunas sudah 'ngidaman' suami tercinta untuk menziarahi

sepupu di sana.Sebelum teruskan cerita,suka saya ceritakan,sekadar perkongsian bukan untuk

kemegahan.

    Inilah antara satu dari jutaan kemurniaan dan keeolokan budi yang saya melihat pada diri suami

tercinta,kegigihan suami dalam melaksanakan anjuran Islam,seringkali suami mengingatkan,

"silaturrahim ni,terutama dengan keluarga dan kerabat..kita kena jaga elok...

pentingnya silaturrahim ni dalam hidup kita...

in shaa Allah banyak kebaikan yang Dia bagi pada mereka yang selalu mengeratkan jalinan 

silaturrahim ni..."..

Kagum dengan pekerti suami yang teramatlah menghormati,merai dan meramahi insan-insan sekelilingnya.

Buatmu suami:

Sayang bangga dan bersyukur punyai imam seperti abang.Semoga Allah rahmati abang..

   Kembali pada cerita tadi ya,di sana(Terengganu),saya sempat berbual dan berborak bersama sepupu yang

 7 tahun lebih tua dari saya..kalau tidak silap ya.Kami saling bertukar cerita dan pengalaman,dia juga pernah

menuntut di Mesir selama satu tahun dan juga berkahwin ketika itu.

Dia dengan ceritanya,saya juga begitu...

Di tengah perkongsian,ada satu bicara yang in shaa Allah sedari mula perkahwinan,hingga ke akhirnya akan

saya pegang prinsip ni..

"apapun dan siapapun kita,bilamana menjadi dan bergelar isteri,ketaatan adalah segalanya.."

ya,benar..andai dahulu,syurga saya di bawah telapak kaki emak saya,kini berpIndah tempat,di bawah

telapak kaki suami yang saya cintai.

Saya perlu ingat dan sentiasa faham tentang ini.Walaupun saya bergelar pelajar di sebuah universiti saat

ini,dan tambahan dalam tempoh dan fatrah peperiksaan saat ini...terhadap suami,saya cuba dan akan terus

cuba menjadi yang terbaik,kerana dari ketaatan pada suamilah,saya mampu meraih keredhaan Allah..

in shaa Allah...

      Keyakinan saya yang tinggi hanya padaNya,biarpun nampak susah dan berat dalam menggalas tugas dan

membahagi masa dengan baik antara suami,anak dan pelajaran..namun,dengan kebergantungan

padaNya,saya yakin..Ada hikmah disebalik segalanya..

    Dan saya tahu,kejayaan bukanlah hasil usaha dan study saya..tapi aturan dan kurniaan Dia Yang Maha

Kuasa...

    Yang penting..TAAT ALLAH,TAAT RASUL..TAAT SUAMI...bahagi peranan terbaik buat 

anak,keluarga,agama..dan..

teruskan belajar dan belajar.....dari buaian hatta ke liang lahad!!

Semoga kejayaan mengiringi kita semua,kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kita 

harapkan.

Insan,lahir kita bukan untuk dunia,namun bagi melayar bahtera buat menuju akhirat..

Wallahuta'ala a'lam..

-menjelang Jumaat(zuhur)