Friday, February 22, 2013

Jalan Ini..





Alhamdulillah..

Perjalanan hidup ini masih diteruskan,berbekal izin dan kudrat Tuhan..

Aduhai..laman kecil lagi kerdil ni dah lama tidak di isi,bukan tak rindu..bukan jemu!..namun bukan sengaja berlaku..

Ada yang terlebih utama perlu di dahulu..

Sesekali menjenguk,jeling-jeling blog insan - insan dan sahabat lain yang penuh haibat saya kira..

Bukan sedikit,bukan satu dua ilmu dan perkongsian yang baru dibentang..

Pelbagai dan 1001 mutiara yang diluahkan..mencurah dan melimpah-limpah!

Sungguh sia-sia hidup ini,andai usia panjang ini dihabiskan tanpa satu minit pun kita memikirkan tentang ummah..

Ya,saya..

Anda..

Kalian..

Dan mereka adalah berlainan,

Warna kulit,rupa,bentuk tubuh,nilai harta,letak duduk darjat kita sungguh tidak sama..

Tapi kita semua adalah sama di SATU jalan,

Kita berlainan posisi..

Namun kita punya satu misi..

Menjulang izzah ISLAM itu,bidang kita bersama!

Bukanlah saya yg tegak berdirinya,ber'degang-degang' berpidato menghambur semangat luar biasa,

Bukan..bukan dia saya!

Bukanlah saya yg kuat beragenda,melaksana banyak atur cara.

Sungguh,bukan..bukan saya..

Tapi Sabda Baginda sedaya saya sahut..

'Sampaikanlah dariku walau satu ayat...'..

Saya cuba,menerus langkah baginda..

Walau..

Tidak mampu saya menghunus pedang,

Tidak kuat saya memikul senjata,

Tidak laju lari saya meligan dan membantai batil ummat..

Namun..kuasa pena ini moga jadi bukti perbicaraan..

JUJUR..

saya cemburu dgn mereka sekalian UMMAHATUL MUKMINAT yg sekian banyak sejarah telah mereka pahat..

Ketaatan,kesetiaan,pengorbanan dan kemuliaan mereka sungguh tiada tandingnya,

Untuk menjadi seperti mereka..mustahil dan jauh sama sekali..

Namun.untuk mengambil sedaya mampu inci dari perca kehidupan mereka utk saya jahitkan pada pakaian hidup saya...saya akan terus mencuba..insya Allah..

Sungguh ..Jalan DAKWAH ini..siasahnya adalah jangka masa yang panjang...

Semoga mati kita tidak sia-sia tanpa bekal sebaiknya..

Terkenang pesan murabbi..

"Ingat..kita masuk syurga bukan keran hebatnya Ibadah semata..!!..'

Ya..Dakwah ini,amanah kita bersama..

Kita mampu,dengan izinNya...

Berjalanlah dibawah lembayung rabbaniNya...

Biarlah kita dicalar duri,terpijak kaca di awal dan ditengah likuan jalan ini..kerana pasti..di hujung jalan..INDAHnya tidak terperi..

'ROBBI MAQSUDI' lesen kehidupan ini...


_tinta dhoif_