Monday, April 2, 2012


Membenih Cinta ..



  
  
     Berbicara mengenai cinta..Cinta..suatu frasa yang bukan bersifat abstrak semata,namun tersirat seribu satu aura..kerana cinta,insane yg berkasih sanggup berkorban kerananya,kerana cinta,insan kuat dalam likuan hidupnya,kerana cinta,jurang api dirasa bagai air sejuk yg menghilang dahaga,kerana cinta,kaca dianggap permata..dan adakalanya,kerana cinta,hawa nafsu diturutkan sahaja..dan jangan lupa disana,kerana cinta jualah,langkah kecil anak-anak Palestin itu berani,mampir ke perisai kebal penguasa durjana!..semuanya hanya kerana cinta..

    Namun,dalam menjalani hidup yang penuh sandiwara,pesona yang menggamit daya,insane seringkali terleka,terpesona dengan segala fatamorgana dunia,sedang kehidupan ini hanyalah satu persinggahan sementara,satu permainan dan keseronokan yang fana..insan lupa,rakus dan tamak dengannya.

“Perumpamaan dunia itu ialah ibarat bangkai yang dikelililngi oleh serigala-serigala..”

Allah telah berfirman:

"Ketahuilah, jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih
kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik"

                                                                                                                 (QS. At-Taubah:24)



    Sungguh jelas,bahawa kehidupan ini syurga bagi orang yang leka,dan penjara bagi mereka yang bertaqwa.
   
      Selaku hamba,makhluk yang dicipta penuh indah olehNya,tidak terasakah walau secebis cuma di sudut dasar hati akan rahmat dan kasih-sayangNya kepada kita selama ini?sudahkah kita hadirkan tanda kesyukuran kita terhadap segala anugerahNya?..dan yang paling utama..sudahkah kita menanam,membenih dan menuai Cinta dengan dan dariNya?..Cinta yang sebenar benar cinta..yang hakiki dan teragung hanya untukNya??..

Hikmah bicara ulama terkenal Ibnu al-Qayyim mengenai sepuluh amalan yang dapat menanamkan kecintaaan kepadaNya:



v  Membaca Al-Quran dan memahaminya.
v  Mendekatkan diri kepada Allah dengan menjalankan sunnah-sunnah sesudah selesai menjalankan kewajiban.
v  Selalu berdzikir dalam segala kondisi, dengan lidah, hati, dan amal perbuatan.
v  Mengutamakan apa yang dicintai Allah terutama jika berkait dengan hawa nafsu kita.
v  Mengingat dan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah yang mulia (Asmaullah Al-Husna) sambil
v  meresapinya.
v  Memerhatikan kurnia dan pemberian Allah baik yang terlihat mahupun yang tidak terlihat.
v  Menundukan hati sepenuhnya kepada Allah SWT.
v  Menyendiri di waktu malam untuk solat tahajjud, membaca Al-Quran dan bermunajat kepada Allah SWT.
v  Bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh, serta mengambil buah fikiran dan pengajaran yang baik dari bicara mereka.
v  Menghindari segala macam hal yang dapat mempengaruhi hubungan hati kita kepada Allah SWT …



Bersamalah kita berusaha semaksima mungkin dalam rencana bagi membina cinta dan meraih CintaNYA…

                _MERASAI ALLAH ITU ADA DIMANA-MANA_