Thursday, November 26, 2015

"The Choosen One"


Dewasa kini,kita tidak dapat menafikan perkembangan syiar Islam yang semakin menjulang dan terus gemilang.Sememangnya kita percaya dan yakin bahawa 'Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih dari Islam itu sendiri".

Maka tidak hairanlah jika kita dapat melihat pada hari ini,Islam makin diterima diseluruh dunia.Seruan dan dakwah Islam terus berjalan dan terus dilaungkan serata alam,semata mata bagi membawa dan kembalikan manusia seluruhnya kepada fitrah insan itu sendiri,kembali kepada nanungan Rabbani Tuhan.

Di Malaysia hari ini,kita melihat semakin ramai saudara baru Islam yang bersama kita di landasan Islam.Semakin ramai,bahkan berpusu-pusu yang datang melafazkan syahadah Islam dan mendaftarkan diri sebagia saudara baru.

Namun,setelah kita asyik dan berkejar-kejar mencari dan menambah bilangan dan kuantiti saudara kita.Bagaimana langkah kita seterusnya??

Sedar atau tanpa sedar,golongan yang kita kenali sebagai "The Choosen One" pada awal pemelukan mereka ini,kita pinggirkan..

Terumbang-amabing mereka setelah kita bawa kepada Islam yang separuh jalan sahaja??

Adakah kita menjalankan "follow up" kepada mereka ?

Sedarkah kita dengan masalah yang mereka alami,yang akhirnya masalah itu membawa kepada permasalahan lain yang puncanya dari kegagalan kita dalam membimbing dan membawa mereka sebaiknya dalam segala hal dan urusan berkaitan Islam?

In sya Allah,kita akan cuba rungkai dan berbincang bersama antara isu-isu yang berkaitan dengan
hak saudara baru:

 isu pertembungan antara amalan agama dan etnik bagi saudara baru Islam..

Jumpa lagi in sya Allah..

Selamat menggapai redha Allah..

Assalamualaikum wbt..

11.13 pm
26 nov 15
ruuhissalam

5 comments:

  1. Isu yg sgt menarik...secara peribadi saya penah mengendalikan 3 kes "the choosen one" ni..Terkilannya seorang telah kembali kpd agama asal..seorang hilang tanpa sempat saya membantu sepenuhnya utk kembalikan cintanya terhadap Islam..dan seorang lg Alhamdulillah kekal dalam Islam..dan apa yg saya nampak drpd 3 kes ini adalah berpunca drpd pengabaian pihak "kita" yg gagal membantu mereka..saya sgt teruja menanti pandangan penulis tentang cara2 utk kita membantu "the choose one" niii...
    (GB02471)

    ReplyDelete
  2. pengalaman yang banyak pengajaran pada kita semua.Terkadang kita terlepas pandang pada hal-hal yang lebih penting kan..insyaAllah..jalan penyelesaian tetap ada..insyaAllah..dengan izin Allah saya akan menulis berkenaan isu saudara baru ni..
    sekadar nak kongsi satu luahan saudara baru yang berkecimpung dalam dakwah kepada golongan ini..
    "muslim yang sedia ada ni lebih suka nak dakwah tarik masuk ISLAM semata..tapi tak mau usaha nak islah bila dah islam..."
    moga memberi ibrah kepada kita

    ReplyDelete
  3. Masyarakat suka pandang negatif kepada golongan ini..Tidak sepatutnya perkara ini berlaku..Kita perlu mendampingi dan memberi tunjuk ajar kepada mereka supaya mereka tidak merasakan diri mereka keseorangan dan dipinggirkan.

    ReplyDelete