Monday, January 25, 2016

Assalamualaikum wbt..

ISLAM ITU AGAMA YANG INDAH DAN AGUNG!!!

ISLAM ITU AGAMA PILIHAN!!!

ISLAM ITU SEBAIK-BAIK AGAMA DAN AJARAN!!!


namun...mengapa penganut Islam itu sendiri yang mencemar kemuliaan..

mengapa penganut Islam itu sendiri yang menjadikan Islam itu buruk di pandangan golongan bukan Islam??

Banyak faktor yang menjurus ke arah perkara ini sebenarnya..

Fokus saya ialah faktor Ketaksuban dan Fanatik penganut Islam itu sendiri.

Saya kongsikan penulisan ini,


Oleh : Datuk Dr.Aziz Jamaludin Mhd Tahir
           (  http://www.wasatiyyah.my/ )
AGAMA ADALAH umpama pedang yang bermata dua, kedua-dua belah sama tajam. Apabila seseorang itu melaksanakan ajaran-ajaran agama dengan baik maka ia boleh menolongnya menghadapi pelbagai kesukaran dan kesulitan. Jikalau agama itu digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka orang itu akan dibinasakan oleh pedangnya sendiri. Sebagai contoh di awal perkembangan agama Islam, golongan Khawarij (kaum pembelot) membenarkan penggunaan senjata atas nama agama untuk mengubah status-quo. Kelompok inilah yang bertanggungjawab atas pembunuhan khalifah ketiga dan keempat Uthman dan Ali r.a.
Mereka berpendapat bahawa adalah kewajipan umat Islam untuk berjihad (mengangkat senjata) untuk menegakkan keadilan sesuai dengan perintah Tuhan. Mereka secara bijaksana memberi tekanan kepada aspek tertentu daripada ajaran Islam tanpa mempedulikan akibat sampingan daripada tekanan tersebut. Sikap sebenar kaum Khawarij telah terkeluar daripada landasan agama yang betul dan sunnah yang biasa diamalkan.
Sikap melampau dalam agama sebenarnya berpunca daripada kefahaman yang salah terhadap doktrin Islam dan hukum-hakamnya serta tidak memahami suasana yang mendorong serta menyumbang ke arah pembinaan doktrin serta hukum tersebut. Yang anehnya, situasi begini kadang-kadang mendorong sesetengah pergerakan Islam hari ini untuk cuba menampilkan keperibadian seorang insan daripada kalangan orang yang warak. Tetapi hakikatnya mereka melampau daripada batas keadilan dan kasih sayang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada seseorang tetapi Dia akan mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama, apabila tidak ada lagi ulama, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang jahil. Ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, lalu mereka memberi fatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka menjadi sesat lagi menyesatkan.
Islam menentang keras pemikiran yang ekstrem. Rasulullah SAW berjaya meletakkan prinsip-prinsip yang bijaksana dalam menunjukkan sikap kesederhanaannya. Demikian juga para ulama salaf yang mengamalkan dasar kesederhanaan dalam melaksanakan syariat.
Golongan pelampau agama merupakan orang yang melanggar batas kesederhanaan dalam amalan agama sama ada dari sudut pemikiran dan amalan. Ia merupakan satu tindakan yang terkeluar dari jalan yang ditempuh oleh ulama salaf dalam memahami Islam.
Hadis Ibnu Abbas menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau. Maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama.” (Riwayat Ahmad, Nasai, Ibn Majah dan Al-Hakim)
Biasanya golongan pelampau agama dikaitkan dengan sikap ketaksubannya berhubung dengan pandangannya tanpa mengiktiraf pandangan orang lain. Mereka menafikan pandangan orang lain dengan sewenang-wenangnya. Apa yang menghairankan, golongan ini membolehkan dirinya berijtihad dalam masalah yang kompleks dan isu yang kabur, lalu mengeluarkan fatwa mengikut pemikirannya, sama ada bertepatan atau bersalahan dengan agama. Namun golongan ini tidak menemui pandangan ulama semasa yang pakar dalam sesuatu bidang, secara individu atau kolektif, berijtihad pada pendapat yang bertentangan dengan pendapatnya.
Maka inilah taksub yang ditegah, di mana dia merasakan dirinya sahaja yang betul, menolak pendapat yang selain daripada dia. Inilah yang dikatakan ciri-ciri pelampau agama yang sebenar. Misalnya, dari segi berpakaian yang kononnya menutup aurat iaitu menutup keseluruhan anggota badan dengan kain putih atau hitam (purdah). Sedangkan mengikut pendapat yang masyhur di kalangan para ulama muktabar, menutup aurat bagi wanita bermaksud menutup anggota tubuh kecuali muka dan tangan kerana kedua-duanya bukan aurat kecuali kerana mengelak daripada fitnah semata-mata.
Golongan pelampau agama lebih ganas sifatnya dalam pergaulan dan tindakan. Bahkan terlalu radikal dalam menyampaikan seruan dakwah. Allah SWT memerintahkan agar kita menyeru manusia dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik, bukan dengan kekasaran. Al-Quran tidak pernah menyebut perihal perlakuan yang kasar dan keras kecuali dalam dua keadaan iaitu ketika di medan perang dan berhadapan dengan musuh, dan sewaktu melaksanakan hukuman yang disyariatkan ke atas orang yang berhak menerima hukuman dan tidak boleh merasa belas kasihan dalam menjalankan hukuman hudud. Umpamanya berzina, apabila cukup empat orang saksi yang beriman yang dapat membuktikan secara sahih, barulah pelaksanaan hukuman hudud dilaksanakan.
Sudah menjadi tabiat golongan pelampau agama di mana menjadi kebiasaannya bersangka buruk terhadap orang lain serta memandang mereka dengan pandangan yang negatif. Berburuk sangka dengan menyembunyikan kebaikan orang lain dan pada masa yang sama membesar-besarkan keburukan orang.
Kemuncak kepada ciri-ciri melampau dalam agama ialah mereka menggugurkan hak Muslim yang lain sehingga ke tahap menghalalkan darah sepertimana golongan Khawarij yang mengkafirkan semua orang yang tidak sependapat dengan mereka pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib. Mereka ini adalah golongan yang paling taat menyembah Allah, berpuasa, mendirikan sembahyang dan membaca al-Quran. Tetapi mereka telah rosak dari segi ideologi dan bukannya jasmani.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wallahutaala a'lam.


Sunday, December 20, 2015

AMALAN ETNIK,BUDAYA VS AGAMA

Firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud:

 “Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu”.

     Begitulah fitrah semula jadi manusia berkehendak kepada agama. Tidak kira apa bangsa sekalipun fitrah beragama merupakan agenda utama dalam mengatur kehidupan dunia mereka. 

Agama Islam merupakan agama yang benar di sisi Allah Taala dan mempunyai garis panduan peraturan hidup yang lurus dan jelas iaitu al-Quran dan al-Sunnah. 

Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh para Rasul. Semua Rasul telah mengajak manusia ke jalan Allah SWT .Mereka telah menyampaikan risalah yang sama iaitu mengesakan Allah SWT iaitu berkait dengan akidah umat Islam.


Bercakap mengenai saudara baru,sememangnya saban hari mita kan melihat dan mendengar kisah dan perjalanan kehidupan baru mereka ini tidak lari dari isu-isu dan permasalahan agama.

Fokus saya pada hari ini adalah berkisar tentang isu pertembungan antara amalan agama dan etnik bagi saudara baru.

Islam sangat bertoleransi  terhadap kewujudan pelbagai agama di dunia. Menerusi Islam semua masyarakat dapat menganuti agama yang diyakini tanpa sebarang bantahan. 

Seterusnya Islam sangat mengalakan persaudaraan tanpa mengira agama, warna kulit , bangsa , keturunan dan lain-lain. Di sini terpancar bahawa Islam itu agama yang bertoleransi.
 Kerana Islam sama sekali tidak memasak masyarakat multi etnik untuk memeluk agama Islam. 

Sebagaimana dalam firman-Nya dalam surah ala-Baqarah ayat 256 bermaksud:

 “Tidak ada paksaan (untuk memeluk)dalam agama Islam...”

 Ini kerana, Islam itu menjaga keharmonian dalam kehidupan pelbagai agama dengan langkah berikut iaitu mengetahui persamaan dan menghormati persamaan dan perbezaan yang memisahkan, memahami nilai hidup bermasyarakat , menghargai dan mengurus kepelbagaian dalam kehidupan beragama, dan mewujudkan keadaan yang selesa untuk menghargai identiti diri dan orang lain.

 Walaupun Islam sangat mengalakkan toleransi dalam aspek namun toleransi Islam bukanlah sewenang-wenangnya dan bebas dalam semua aspek sehingga wujudnya kebebasan tanpa syarat. Dalam Islam, Muslim tidak dibenarkan untuk bertoleransi demi kepentingan atau memenangi sesuatu pihak. 

Secara khususnya dalam Islam, toleransi tidak boleh diamalkan dalam hal-hal yang melibatkan akidah dan beberapa bahagian dalam syariah. Selain itu, dalam bahagian syariah juga melibatkan hal ibadah iaitu hubungan manusia dengan tuhan dan kemudian beberapa aspek syariah muamalat iaitu hubungan manusia dengan manusia. Meskipun bersyarat tetapi pengamalan toleransi masyarakat manusia akan dapat mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam perhubungan manusia dengan manusia.

Saya cuba untuk membawa satu isu,

Saudara Muallaf yang baru memeluk agama Islam mengakui segelintir masyarakat Melayu Muslim memberi bimbingan utama dengan mengubah corak dan cara hidup Muslim. Misalnya,  menyediakan pakaian baju kurung bagi saudara Muslim wanita, mengajar memakai kain sarung , memakai jubah dan serban , tidak perlu ziarah dan menyambut perayaan seperti tahun baru cina.

 Dengan suasana begini , jelas menunjukkan masyarakat tidak cuba memahami bahawa kemungkinan wujudnya sensitiviti  di kalangan saudara Muslim kerana mengubah cara dan gaya hidup mereka yang selama ini perbuatan dan amalan tersebut tidak sekalipun bertentangan dengan tuntutan agama. 

Oleh sebab itu, secara umumnya masyarakat cina beranggapan bahawa menukar agama kepada agama Islam bererti masuk Melayu. 

Sepatutnya perkara sebegini tidak patut berlaku kerana Islam itu agama yang mudah.Selagi mana amalan budaya dan adat sesuatu kaum itu tidak bercanggah dengan syarak,maka tiada halangan untuk mereka amalkan selagi selari dengan tuntutan agama.

Kita harus ingat,perkara-perkara yang sensitif inilah yang menjadi batu penghalang bagi usaha dakwah dan islah kepada golongan ini!!!!!

wallahu taala "alam...

Semoga kita terus menambah ilmu dan pengetahuan dalam menjayakan misi dan membantu kejayaan misi mereka-merea yang bergiat dalam usaha ini.

Allhumma Ameen.


Siapa mereka bagi kita???

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Perkongsian hari ini..



       Golongan Muallaf adalah satu kumpulan yang perlu diberi perhatian khusus bagi
memastikan akidah mereka terhadap Islam terus kukuh. Ini amat penting kerana
kegagalan pihak-pihak berwajib dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap golongan
muallaf memungkinkan mereka akan menjadi murtad. Bagi tujuan tersebut, golongan
muallaf harus terus dibantu dari segi kerohanian dan jasmani agar dapat menjaga
kesejahteraan hidup mereka.

       Adalah menjadi tanggungjawab bagi keseluruhan umat muslim untuk menjaga
kemaslahatan golongan saudara muslim yang baru memeluk Islam. Kesudian dan
kerelaan mereka untuk meninggalkan kepercayaan dan agama kelahiran mereka
menunjukkan kepada kita tentang keikhlasan mereka untuk menjadi saudara seagama
dalam Islam. Pernahkah kita bayangkan betapa perit dan sedihnya mereka apabila
terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan keagamaan setelah memeluk agama
Islam. Kekuatan hati dan kecekalan jiwa mereka sememangnya harus dihargai. Ianya
dapat dilakukan dengan memberi sokongan yang termudah buat mereka iaitu
membimbing mereka dengan penuh kasih sayang, menguatkan lagi ukhwah Islamiyyah
bersama mereka. Adalah sesuatu larangan bagi umat Islam yang dilahirkan sebagai
muslim jika menganggap mereka asing, hanya kerana perbezaan budaya asal, keturunan,
ataupun rupa paras mereka yang berkemungkinan berlainan dengan majoriti masyarakat
muslim yang mendiami sesebuah negara. Penekanan dalam mempraktikkan elemenelemen
al-Hikmah dalam berdakwah pastinya akan membuahkan kejayaan dalam
membimbing saudara muslim, sekaligus menguntungkan agama Islam secara
keseluruhannya

Berdasarkan kajian ,telah digariskan beberapa saranan
kepada pihak-pihak tertentu khususnya kepada pendakwah mualaf dan bakal pendakwah
mualaf pada masa kini. Antaranya adalah seperti berikut:(1)

1 Seorang pendakwah mualaf haruslah mempunyai kesabaran dalam menyebarkan
agama Islam kepada golongan bukan Islam.

2 Pendakwah mualaf khususnya haruslah mempunyai pelbagai bentuk ilmu
pengetahuan agar tidak terkial-kial dalam berbicara kepada mad‘u
.
3 Seorang pendakwah mualaf tidak boleh terus menghukum seseorang mad‘u
dalam meyebarkan dakwah Islamiah.

4 Pendakwah seboleh-bolehnya mendalami pengetahuan tentang bahasa lain
kerana bahasa merupakan induk utama dalam menyampaikan dakwah
Islamiah lebih-lebih lagi ketika berhujah dengan masyarakat non-Muslim.

5 Pendakwah mualaf perlu diberi peluang untuk berada dalam media massa agar
dakwah Islamiah semakin berkembang maju.

6 Penulis juga menyarankan kepada pihak tertentu agar tidak memandang
pendakwah mualaf seperti sampah yang tidak bernilai.

7 Sekiranya tidak mampu untuk menjalankan kerja dakwah, tidak menjadi masalah
sekiranya orang awam mampu mewakafkan harta kepada golongan pendakwah
mualaf untuk terus menegakkan kerja dakwah.


(1)Sumber: Rujukan Terbitan PROSIDING PERSIDANGAN ANTARABANGSA
PEMBANGUNAN MUALAF 2013 (ICMuD 2013) 7 - 8 September 2013
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Selangor, Malaysia .

Tuesday, December 15, 2015




TELL ME WHY by DECLAN GALBRAITH

In my dream, children sing
Di mimpiku, anak-anak menyenandungkan

A song of love for every boy and girl
Lagu cinta untuk semua orang

The sky is blue and fields are green
Langit cerah dan padang menghijau

And laughter is the language of the world
Dan tawa adalah bahasa dunia

Then I wake and all I see
Lalu kuterbangun dan yang kulihat hanyalah

Is a world full of people in need
Dunia yang dipenuhi orang kesusahan

II
Tell me why (why) does it have to be like this?
Katakan padaku mengapa harus seperti ini?

Tell me why (why) is there something I have missed?
Katakan padaku mengapa ada yang kulewatkan?

Tell me why (why) cos I don't understand
Katakan padaku mengapa karena aku tak mengerti

When so many need somebody
Saat begitu banyak orang yang membutuhkan seseorang

we don't give a helping hand
Kita tak memberi bantuan

Tell me why?
Katakan padaku mengapa?

Everyday I ask myself
Setiap hari kubertanya pada diri sendiri

what will I have to do to be a man?
Apa yang kan harus kulakukan untuk jadi seorang pria?

Do I have to stand a fight
Apakah kuharus bertempur

To prove to everybody who I am?
Tuk buktikan pada semua orang siapa diriku ini?

Is that what my life is for
Untuk itukah hidupku ini

To waste in a world full of war?
Tersia di dunia yang penuh dengan perang?

Back to II

(Why,why,does the tiger run)
(Mengapa, mengapa harimau berlari)

Tell me why (why, why do we shoot the gun)
Katakan padaku mengapa (mengapa kita menembakkan senapan)

Tell me why (why,why do we never learn)
Katakan padaku mengapa (mengapa kita tak pernah belajar)

Can someone tell us why we let the forest burn?
Bisakah seseorang memberitahu kita mengapa kita biarkan hutan terbakar?

(why,why do we say we care)
(Mengapa, mengapa kita bilang peduli)

Tell me why (why,why do we stand and stare)
Katakan padaku mengapa (mengapa kita hanya berdiri memandang)

Tell me why (why,why do the dolphin cry)
Katakan padaku mengapa (mengapa, mengapa lumba-lumba menangis)

Can some one tell us why we let the ocean die?
Bisakah seseorang memberitahu kita mengapa kita biarkan samudera mati?

(Why,why if we're all the same)
(Mengapa, mengapa jika kita semua sama)

Tell me why (why,why do we pass the blame)
Katakan padaku mengapa (mengapa kita saling menyalahkan)

Tell me why (why,why does it never end)
Katakan padaku mengapa (mengapa ini tak pernah berakhir)

Can someone tell us why we cannot just be friends?
Bisakah seseorang memberitahu kita mengapa kita tak berteman saja?

(Why, why do we close our eyes?)
(Mengapa, mengapa kita menutup mata?)

(Why, why do the greedy lie?)
(Mengapa, mengapa kita berdusta dengan rakusnya?)

(Why, why do we fight for land?)
(Mengapa, mengapa kita berebut tanah?)

(Can someone tell us why cos we don't understand?)
(Bisakah seseorang memberitahu kita karena kita tak mengerti)
Why, why
Mengapa, mengapa

Thursday, November 26, 2015

"The Choosen One"


Dewasa kini,kita tidak dapat menafikan perkembangan syiar Islam yang semakin menjulang dan terus gemilang.Sememangnya kita percaya dan yakin bahawa 'Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih dari Islam itu sendiri".

Maka tidak hairanlah jika kita dapat melihat pada hari ini,Islam makin diterima diseluruh dunia.Seruan dan dakwah Islam terus berjalan dan terus dilaungkan serata alam,semata mata bagi membawa dan kembalikan manusia seluruhnya kepada fitrah insan itu sendiri,kembali kepada nanungan Rabbani Tuhan.

Di Malaysia hari ini,kita melihat semakin ramai saudara baru Islam yang bersama kita di landasan Islam.Semakin ramai,bahkan berpusu-pusu yang datang melafazkan syahadah Islam dan mendaftarkan diri sebagia saudara baru.

Namun,setelah kita asyik dan berkejar-kejar mencari dan menambah bilangan dan kuantiti saudara kita.Bagaimana langkah kita seterusnya??

Sedar atau tanpa sedar,golongan yang kita kenali sebagai "The Choosen One" pada awal pemelukan mereka ini,kita pinggirkan..

Terumbang-amabing mereka setelah kita bawa kepada Islam yang separuh jalan sahaja??

Adakah kita menjalankan "follow up" kepada mereka ?

Sedarkah kita dengan masalah yang mereka alami,yang akhirnya masalah itu membawa kepada permasalahan lain yang puncanya dari kegagalan kita dalam membimbing dan membawa mereka sebaiknya dalam segala hal dan urusan berkaitan Islam?

In sya Allah,kita akan cuba rungkai dan berbincang bersama antara isu-isu yang berkaitan dengan
hak saudara baru:

 isu pertembungan antara amalan agama dan etnik bagi saudara baru Islam..

Jumpa lagi in sya Allah..

Selamat menggapai redha Allah..

Assalamualaikum wbt..

11.13 pm
26 nov 15
ruuhissalam

Bismillah.....

.Alhamdulillah 'ala kulli hal wa ni'mah..
wassolaatu wassalamu ala Rasulillah..Habibil Mustafa..

Assalamualaikum wbt..

Allahu..bersawang..dari segala sawang dah blog ni..maaf pada diri..maaf semua..

Di Mesir kita bertinta..Di Malaysia kini kita bersua kembali..

Alhamdulillah..walau dah 2 tahun berlalu..moga jalan dakwah ini,akan terus subur mekar merimbuni jiwa-jiwa insan.

Allahumma Ameen..

Langkah kini diteruskan,bersama tunggak utama perjalanan hidup kini,zauji mahbub
Muhammad Hafizuddin Bin Dzulkifli..Sayap kanan hidupku..putera sulung soleh hendakNya..
Uwais Al-Qorni...dan sayap kiriku..puteri pertama Amrah Al-Faqihah..

Allah berkati mahligai ini...Allahuma Ameen...



Thursday, May 9, 2013


Bismillah..
Alhamdulillah..seinfiniti kesyukuran hanya layak buatNYA..
Syukur dirafak atas kurnia helaan nafas ini..
Atas kurnia nikmat Iman dan Islam..
Atas kurnia mata yg dapat terus melihat
Mulut yg dpt lagi bertutur
Telinga yg masih mampu mendengar
Tangan yg masih dpt melakar atma
Dan kaki yg msih dpt terus mengatur derap langkah..
Syukur,syukur dan syukur..

Hamdan Lillah..

Sedar tidak sedar,kita sedang melangkah masuk ke bulan Rejab yang mulia..bermakna selepasnya Syaaban dan selepasnya..sudah pasti Ramadhan yg penuh mulia..

Allah..sungguh cepat masa berlalu..terasa sungguh kecepatan masa berlaku..

Petanda kecil akhir zaman..

Sungguh..sia-sialah waktu yg tersisa andai dibiar berlalu tambah sebarang penambahan mutu..



Sabda Nabi S.A.W: " Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam

    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj

     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk

    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

 5. Lahirnya Imam Syafie RH

    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Wallahu'alam

via:


Bahagian Dakwah JAIS





Saturday, March 30, 2013

Pasti!!



Bismillahirrahmanirrahim...

Kematian,kematian dan kematian..

Berita yang kerap kali menjengah telinga kebelakangan ini..

Pertamanya,Al-Fatihah ku hadiahkan buat sekalian pewaris Nabi yg telah dijemput mengadap

Robbul Izzati..Kalian permata yg kilauannya telah banyak menyinar hati-hati

 insani..



Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: 

“Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali 

ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya 

kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan 

mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu 

bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan

 kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.

(asSunnah)



   Seterusnya,juga tidak ku lupakan,teman lama di bangku sekolah dahulu,,

AlMarhumah Siti Aishah Abd Samad yg telah pergi dahulu bertemu Tuhannya..

Kau pergi dlm usia yg terlalu muda dalam tanggapanku..seawal 23 tahun..

Teman,sudah tercatat disisi Tuhanmu,setakat ini

shj perjalanan hidupmu di muka bumi..kini kau telah pergi mengadap Illahi..meninggalkan

 suami,dan seluruh family..

Semoga ruhmu dicucuri rahmat Illahi dan ditempatkan bersama para

 solihin..



PASTI

Saudaraku..

Sungguh,kematian suatu yg mengejutkan..

Kematian memang memaksa..kita tak mampu lari,tak mampu minta untuk dianjak detik dan 

minit..kerna segalanya telah termaktub..

Setiap jiwa pasti kan menelan hakikat yang pahit ini, meninggalkan dunia yang fana. 

Tiada di antara kita sedari,

Bila ?dan..

Dimana kah pengakhiran hidup ini..??

Sesungguhnya,ditangan Allah sajalah kehidupan ini, dan ditangan-Nyalah kembalinya segala sesuatu

 menurut waktu yang tertentu.


Firman Allah s.w.t dalam kitabNya

"...Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah

 disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam

 syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan

 yang memperdayakan..."...

Ali Imran:185..


Saudaraku..


Kematian itu PASTI,namun kita tidak pasti bila kan dipanggil pergi..............?

Wednesday, March 20, 2013

Pergimu ditangisi,'pulang'mu dinanti!!










"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga".









Al-Fatihah buat ibu sejati Palestin,Al-Marhumah Maryam Farhat.Beliau lebih dikenali dengan Khansa' Palestin.Telah pergi menemui PenciptaNya pada 17 Haribulan lepas,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan kekasihNya.

Baca dan hayatilah kata-kata ibu Mujahid ini yang telah mempersembahkan kesemua anaknya kepada Allah S.W.T serta menanti saat dan detik untuk beliau sendiri bertemu dan berkumpul bersama anak-anaknya di syurga yang tertinggi!

1. Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi,
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

2. "Ketika anakku yang sulung, Muhammad Fathi Farhat (As-syahid) mencecah usia enam tahun, saya telah katakan kepadanya; Ibu mahu kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu."
Tanpa sedikitpun keraguan serta kebimbangan dalam hati saat itu beliau mengarahkan anak ke medan juang demi mengusir penjajah.
"Kerana saya yakin apa yang saya ungkapkan itu adalah demi kebaikan untuk anak-anak saya."

3. "Tiada khabar yang paling mengembirakan buat saya, apabila puteraku mula menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang Hamas, dan sedang bersiap sedia menyongsong amanah syahid dalam sebuah medan peperangan. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."


   Begitupun deras kalimah yang diungkapkan oleh Ummu Nidhal untuk membangkitkan semangat perjuangan anak-anak muda Palestin, namun beliau sebenarnya tidak mampu memungkiri kehalusan hatinya yang sarat dengan naluri keibuan. Saat perpisahannya dengan putera sulongnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling berpelukan kemudian berkata,

"Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini nak... Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala."





Monday, March 11, 2013

Assalamualaikum semua..bersama hayati lagu ini..moga ianya dapat merubat jiwa-jiwa yang sedang mencariNya..:)

HINGGA KE AKHIRNYA..

Nyata aku ada Dia
Puas ku cari di sana
Masih belum terjumpa

Nyata aku ada Dia
Lama ku cari di sini
Mungkin akan berjumpa

Cinta jauh di mata
Bila detik bertemu erti sebuah harapan
Cinta jauh di mata
Hingga takdir menentu pasti akan bertemu

Nyata aku ada Dia
Bertenang mengundang cinta
Bukti aku ada Dia

Di sana di sini ada
Peneman, akrab, jaga, lena, alpa, leka

Cinta jauh di mata
Bila detik bertemu erti sebuah harapan
Cinta jauh di mata
Hingga takdir menentu pasti akan bertemu

Cinta jauh di mata
Kasih sedikit tidak kurang
Dan menghilang

Cinta jauh di mata
Sayang makin bertambah mekar
Hingga akhirnya

Artis: Varianz feat Izzat Mahadi
Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Sdn. Bhd)
Lirik: Pawaka & Hafiz Hamidun (Arteffects Sdn. Bhd)
Hakcipta: Arteffects Sdn. Bhd
Album: Varianz - Dunia Baru